My Anniversary 19 November 2005

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 7, 2009

cuti oh cuti...

raya haji tahun ni beraye rumah mak mertua kt hulu selangor.hampir 2 minggu kt sana.sempat pergi beraye rumah embah kt tanjung karang.pastu pergi beraye kt rumah wak Rushdan kt Trolak....balik PD mlm td.sebab hubby kena bertugas kt sekolah hari (8 Dis).esok kami akan bertolak balik kelantan.mg2 perjalanan kami akan selamat dan samapai ke destinasi yg dituju iaitu rumah ummi kesayangan.x sbr rasanya nk jumpa ahli keluarga kt sana...tentu meriah suasana kt kg...tok umi pn dh lama x tengok cucunye amani aliyah dan k.long syifa'..smg perjalanan kami esok dlm keadaan yg slmt,insya'Allah...

Thursday, November 12, 2009

Doa senjata mukmin....

Kisah Rasulullah Berdoa

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan."

Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lagi berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah."

Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa, maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Pengajaran Daripada Kisah Ini

Daripada kisah di atas, rupa-rupanya untuk meminta sesuatu dari Allah s.w.t terdapat adab, cara dan kaedah yang tertentu. Antaranya adalah:-

  • Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
  • Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
  • Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah.
  • Menggunakan ayat yang ringkas dan padat.

Friday, November 6, 2009

kisah Rasulullah sbg panduan...

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Erti Hidup Adalah Pada Memberi.. Bukan Sekadar Pada Menerima..

Thursday, November 5, 2009

k.long dan baby amani..



gambar terbaru slps sembuh dr chicken pox..

anak umi dh sembuh...



alhamdulillah..hari ni baby amani dh sembuh dr chicken pox..klu x,asyik nangis je..bdn x selesa & gatal..sian anak umi.dulu k.long yg kena..tp hari ni anak umi dh ok..umi sempat ambk gmbr ms k.long & baby amani kena chicken pox..
hrp2 besar nanti k.long dan baby dh x kena chicken pox....



Thursday, October 22, 2009

baby amani kena chicken pox

Seperti biasa,lps blk sek umi terus ambik baby dan k.long kt rumah pengasuh.terkejut bila umi dapat lihat beberapa bintik merah berair pd bdn baby.smlm ada 3 bintik kecil.ingtkan kena gigit nyamuk.umi terus bg ubat...tp sebenarnya chicken pox.Ya Allah...ini tentu berjangkit dr k.long Syifa'..k.long br aje sembuh dr chicken pox.kesian baby amani...sblm ni mmg umi jauhkan baby dr k.long syifa',takut klu berjangkit...tp,nk buat mcmane dia berjangkit jgk..ujian Allah.Apapen,umi hrp baby cepat sembuh,syafaakillah..insya'Allah...

ujian Allah...

Pg td aku dpt msj dr dayah dan usu na tentang kematian anak ramadhan dan khadijah-nur fatimah.rasa sebak dan sedih..subhanallah,mcm2 Allah menguji hambaNya.Aku doakan semoga Ramadhan dan Khadijah diberi kekuatan dan ketabahan dlm menghadapi ujian ini.aku dapat merasakan betapa sedih dan pilu hati seorang ibu dan ayah bila kehilangan anak yang dikasihi. namun,percayalah ujian yang Allah berikan kepada kita tentunya ada hikmah di sebaliknya dan menguji kesabaran dan ketabahan hambaNya..

Thursday, October 15, 2009

hati umi runsing...


sampai hari ini baby amani xnak hisap susu botol...kalau umi kt sekolah,baby akan hisap susu sedikit sekadar untuk basahkan tekak pastu tidur dlm kelaparan..sian anak umi...hati mana yg x runsing.masa dlm pantang dulu,nk jgk dia hisap susu dlm botol tp sekarang dia xnak.em,umi akan usaha dan terus latih dia hisap susu botol...hrp2 amani akan hisap lepas ni.kalau x,berat bdn x naik la sayang...umi lg runsing....

syafaakillah....


alhamdulillah, hari ini br umi sempat nk buka blog.sibuk layan anak2 umi.dh seminggu syifa' naik chicken pox (cacar air) kt badannya.kesian anak umi...selera makan pun hilang.dh 3 minggu x mkn nasi.hanya susu yg dia nak..baby amani pulak,asyik puasa bila umi pergi sekolah.baby x nak hisap susu botol.w/pun umi dh bekalkan susu umi,dia masih xnk minum...emm,susahnye...kecil2 dh pandai puasa...skrg tgh usaha dan latih baby amani hisap susu botol.tp masih x berjaya...

Saturday, October 3, 2009

Thursday, October 1, 2009

gmbr kawin asyikin abd.halim...



slmt pengantin baru buat syikin dan suami.semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...sempat ambil gambar ms kenduri kawin rumah syikin..ramai jemputan yang hadir.meriah sangat...jumpa ramai kwn. gambar atas mie yg ambik bersama pengantin lelaki(berbaju melayu hijau).gambar bawah bersama maisarah,siti khadijah dan aziera...

Tuesday, September 29, 2009

syifa'dan baby amani...



beberapa gambar syifa' dan baby amani....smg anak-anak ummi dpt menjadi anak yg solehah dan mujaddidah di masa akan datang...sebagai pembela agama...berjaya dunia akhirat,amin...

salam aidilfitri...



alhamdulillah....tahun ini giliran beraye kt kelantan..hari raye ke-5 balik selangor. hari tu jalan jam.masing2 nk balik kg dan beraye.namun, rasa gembira jgk sebab dapat beraye kt k'tan dan s'gor.ini gambar raye yg sempat diambil buat kenang-kenangan.tahun ni baju raya warna biru.sama mcm warna kereta.sempat pergi raya rumah maisarah,azwan che mod,izwan+azlina.faiz+nora datang rumah..trm ksh byk.pastu raye ke-4 pergi kenduri rumah asyikin abd.halim.ramai jemputan kahwin.biasalah anak ust.halim,bekas MB pulak tu....meriah sgt..jumpa samhani,aisyah,aziera,kwn2 dan guru2 maahad dulu.emm,penat jgk beraye,lebih2 lg jln jam ms raye...sian kt syifa' dan amani..penat beraye.nsb baik baby amani x byk meragam.elok je gi beraye.xpe la, blh kenal sedara-mara...

Tuesday, August 18, 2009

Muhasabah diri...


Jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah..jikaku bersedih tanpa kata..pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..Jika ku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..jika antara kita ada tembok yang memisah,ajaklah kau meleraikannya segera..jika pernah hatimu terluka disebabkan kau,luahkanlah agar aku mengubah diriku..dan jika sok aku lena tanpa terjaga..iringilah lenaku dengan kalungan doa..mg ukhuwah sentiasa terpelihara..

RedhaMu Ya Allah ku cari...

Seuntai madah untuk dihayati, setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk hati.Iman itu dinding taqwa. Sedangkan taqwa itu perisai hati..Yang memusnahkan pastilah nafsu. Dilayan jangan,Dilawan jangan,Diasuh mesti. Apapun yang terjadi..Ikhlas menjadi ubat penawar segala-galanya. Yakinlah pada ALLAH, kejayaan pasti milikmu..

Mutiara Kata...


Seorang bijak pandai Islam berkata, "Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti bersikap garang terhadap dirimu sendiri..tidak mengikut segala nafsu mu, Kalau engkau sudah merasai manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNya.
hari ni hubby cuti rehat..katanya nak settlekan 'kerja rumah' sebelum balik kg...terharuku mendengarnya...sejak aku berpantang...semua kerja rumah hubby buat...masak,membasuh,lipat kain dan banyak lagi.sebelum ni pun memang hubby rajin tolong aku buat kerja-kerja rumah..terima kasih hubby.segala pengorbanan yang telah hubby buat selama ini aku amat menghargainya.....

Monday, August 17, 2009

berpantang dalam Ramadhan..

sedar x sedar kita dah hampir ke bulan Ramadhan Al-Mubarak....nampak gayanya berpantang dalam bulan puasa...emmm,itulah ujian dan dugaan namanya...lepas ni teruk la kena ganti puasa...

Menjelang Ramadhan...


Sebelum memasuki bulan Ramadhan, kita perlu tekun membuat latihan jiwa dan memperbaiki amalan.Antara amalan-amalan yang boleh dipraktikkan ialah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat
Mencontohi Nabi SAW yang lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Sayidatina Aisyah berkata : “ Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi S.A.W pernah ditanya, mengapa baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain?Baginda S.A.W bersabda : “ Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang di angkat padanya (buku catatan) amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku sedang berpuasa”. (Riwayat An Nasaie)


2. Memperbaharui Taubat dan Banyak Istighfar
Bertaubat dan beristighfar boleh mensucikan jiwa dari dosa.Firman Allah S.W.T : “ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya”.

Selain dosa dan kesalahan kepada Allah, keampunan dipohon daripada sesame manusia khususnya ibu bapa, suami isteri.Mereka memohon taubat dan keampunan untuk kedua ibu bapa dan guru-guru mereka.

3. Melazami banyak membaca Al Quran, Berzikir dan Berdoa
Syaaban adalah bulan mendampingi dan menjinakkan diri dengan Allah melalui ibadat fardhu dan sunat.Antaranya seperti memperbanyakkan membaca Al Quran, berdoa dan berzikir.Kejinakan hati seseorang melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban dijanjikan rahmat dan keampunan yang amat banyak daripada Allah. Bahkan melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban akan menghasilkan cahaya iman dari Allah kepada hambanya.Cahaya ibadat yang dikurniakan Allah itu akan menjadi penyelamat di akhirat kelak.

4. Muhasabah dan Muraqabah untuk memperbaiki diri
Menjelang Ramadhan juga diisi dengan banyak melakukan muhasabah diri meneliti kelalaian diri.Setelah itu, kita bermujahadah membuat latihan jiwa untuk menghukum kelalaian diri.

Rujukan : Majalah Rasmiku Setiap Bulan, Majalah Anis : "Pedoman Wanita Solehah"

RedhaMu Ya Allah ku cari...

Ya Allah,Ya Latif....Berikan aku hati yang lain, Yakni hati yang lebih yakin, hati yang lunak....agar aku mampu mencintai Mu...Aku dambakan kebaikan...yang melahirkan kebaikan.Aku pohon ketenangan..yang memberikan ketenangan..

hati ni genap 20 hari umur baby Aliyah.pg td misi datang rumah untuk timbang berat baby Aliyah. Alhamdulillah berat Aliyah dah naik 3.5 kg. semasa lahir 2.77kg...emm,dh makin berat anak ummi ye...ummi sentiasa doakan semoga anak ummi membesar dengan sihat.insya'Allah....

Sunday, August 16, 2009

kelahiran kedua..permata hati ummie...

Hari ini 19 hari umur Amani Aliyah...kelahirannya amat bermakna buat ummie dan abi..kakak Syifa' semakin besar dan semakin pandai...lebih-lebih lagi bila dah jadi kak long sekarang...dengar je baby nangis,terus pergi tengok..."baby nak susu" kata kak long...emmm,kadang2 dia cemburu tengok ummie dan abi asyik dengan baby.kalau marah...Syifa' akan cakap.."jgn marah,sayang la Syifa'..." kesian pulak.tersentuh naluri seorang ibu..
Alhamdulillah,dah 2 orang anakku sekarang...jauh di hati ini aku amat bersyukur di atas nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami....

kita adalah pengembara....

Kata mereka kehidupan adalah alur yang panjang. Setiap detik berlalu amat berharga...
Namun janji Allah itu benar belaka...yang bulat tanpa menggolek bakal tiba yang pipih pula tidak akan melayang datangnya. Andai tanpa usaha,taqwa dan amal yang sempurna.Oleh itu berusahalah..
atas rezeki,jodoh,ajal dan maut yang telah dijanjikan oleh Allah...langkah masih panjang di hadapan...kerana perjuangan belum selesai..selagi tidak kembali ke kampung yang abadi...kerana kita adalah pengembara...