My Anniversary 19 November 2005

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 13, 2011

Anugerah Ilahi...


Alhamdulillah,tarikh keramat iaitu 24 Mac 2011 aku telah selamat melahirkan seorang putera ke dunia ini...x sangka..bila scan doktor kata perempuan..ishh..gerak kecil hatiku menafikan kerana aku dapat rasakan bayi dalam kandunganku ini adalah lelaki..namun,aku tetap bersyukur kerana aku x kisah..perempuan ke,lelaki ke....yang penting,anakku selamat dan sihat...kali ini over due...lebih 2 hari tarikh yang dijangka..risau jugak.Aku berserah kepadaNya..

Sekarang babi dah 22 hari.Nama putera kesayanganku ialah Muhammad Nu'man Husaini...itu adalah nama yang diberi oleh abinya...Dah lama hubby berkenan dgn nama tu..aku serahkan mandat padanya..biarlah dia yang bagi nama pada putera kami..2 orang kakak Nu'man bukan main happy bila dapat baby laki terutama kakak Syifa'..dia teruja sangat...Amani Aliyah pulak...em,selalu kena jaga dan kawal..asyik kacau dan geram kt baby...dia masih kecil.x tahu apa..jealous pun ada...

Hai,x sabar aku nk habis pantang...kesian kt hubby.semua kerja rumah dia buat.memasak,basuh kain,melayan kerenah anak2 dan sebagainya.sepanjang aku berpantang,dialah yang buat semua.thanks a lot hubby.luv u so much...

Sunday, July 11, 2010

lama x tulis blog...


Salam buat semua..sudah sekian lama tidak mencoret di laman blog ini..bulan Rejab hampir ke penghujungnya...diriku ini kdg2 lalai dgn urusan duniawi...anak2 semakin membesar.amanah dan tanggungjawab semakin berat...mampukah aku menanggung semua ini?doaku semoga diriku mendapat rahmah dan petunjuk dariMu Ya Illahi...h say
syifa, dah semakin membesar.baby amani dah 11 bulan...tapi belum pandai berjalan.syifa, semakin petah bercakap.semakin minat untuk belajar membaca dan menulis....doaku semoga anak2ku membesar dengan penuh kasih sayang dan m,enjadi anak yang solehah. amin...



Thursday, February 4, 2010

celebrate birthday Syifa'...




hari ni hubby ambik umi kat sekolah...kalu blh nk sampai rumah awal cz nak celebrate besday syifa'.kek besday syifa' umi dh tempah dr kwn minggu lepas.alhamdulillah,dia bawa hari ni..dlm hati umi,mesti k.long happy nanti.balik dr sekolah singgah kfc,semlm syifa' bgtau dia nk mkn kfc..demi anak umi,umi akan tunaikan.lepas g kfc,singgah kedai runcit beli susu baby...pastu ambik k.long dan baby kt rumah pengasuh..dia happy bila umi bgtau umi ada belikan kek besday dia.sukanye k.long..umi sempat mengambil gambar ms celebrate besday k.long...

Wednesday, February 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO SYIFA' SAFIYYAH..


Pada detik ini 4 februari, genaplah usia anak umi Syifa' Safiyyah 3 tahun....umi sentiasa doakan yg terbaik utk anak umi...semoga anak umi akan menjadi anak yg solehah,membesar dalam iman dan menjadi penawar hati umi dan abi...umi sayang k.long..di sini, umi titipkan puisi khas untuk anak umi yg umi sayang...

Wahai putriku tercinta.
Tetapkanlah Islam sebagai agamamu.
Tetapkanlah Allah sebagai Tuhanmu, dan tiada yg lain selain Dia.
Tetapkanlah Muhammad sebagai Nabi dan Rasulullah.
Tetapkanlah Al Qur`an sebagai kitab dan penuntunmu.

Wahai cahaya hatiku.
Ucap dua kalimah syahadat disetiap desah nafasmu.
Sembahyanglah lima waktu dalam hari harimu.
Berpuasalah sebulan dalam bulan Ramadhan.
Tunaikanlah haji ke Baitullah Rumah Allah jikalau kau mampu.
Tunaikanlah zakat selagi kau mampu.
Jangan lupakan Infaq Shadakah dan menyantuni mereka yg tidak mampu.

Wahai bidadariku
Beriman selalu hanya kepada ALLAH SWT
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Malaikat-malaikat
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Kitab-kitab Al Qur`an dan kitab kitab sebelumnya
Berimanlah kepada nabi dan Rasul rasul
Yakinlah dan Berimanlah akan adanya Hari Kiamat
Yakinlah dan Berimanlah kepada Qada dan Qadar

Wahai pesona jiwaku.
Hidupmu kelak akan lebih keras dan berat.
Lebih keras dan berat dari kehidupan kami orangtuamu.
Maka bekalkanlah dan perkuat keimanan dan ketaqwaan.
Agar kalian selamat sampai ditujuan hidupmu kelak.

Wahai penyempurna hidupku.
Ingatlah dan camkanlah beberapa hal
Bahwa yang singkat itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang sulit itu IKHLAS,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang abadi itu AMAL KEBAJIKAN,
Yang akan di investigasi itu AMAL PERBUATAN,
Yang jauh itu MASA LALU.
Persiapkanlah dirimu untuk semua hal itu.

Wahai masa depanku.
hiduplah demi akhiratmu
karena itu yang akan abadi kekal selamanya
janganlah kalian hidup demi duniamu
karena itu hanya semu dan bakal termakan waktu

Wahai permataku,
Doa orangtuamu selalu menyertaimu.
Semoga Allah selalu membimbingmu.
Semoga Allah selalu meridhoimu.
Semoga Allah selalu mendampingimu.
Dalam setiap langkahmu, doamu dan dalam semua kehidupanmu.

Friday, January 22, 2010

hari persekolah 2010....

Dah lama x menaip kt blog.Biasala,awal tahun busy dengan sekolah,pendaftaran murid2 tahun 1...kerja kt sekolah pun byk...tambahan pula bangunan baru sekolah dah siap.Lepas ni akan berpindah kt bangunan baru pulak..jadual waktu dah 2 kali berubah.Dengar khabar akan berubah lagi....em,umi x kisah..yg penting..kerja kerana Allah.niat kena betul...insya'Allah...hidup pasti diberkati Allah...
Anak2 umi pun semakin membesar..k.long syifa' dh x pakai pampers.jimat sikit budget umi.nk tido mlm je pakai pampers.next month birthday k.long 4 Februari.em,dh besar anak umi.baby amani pun dh pandai meniarap..umur dh nk masuk 6 bulan...Alhamdulillah,semoga anak2 umi terus membesar dalam lindungan Allah dan menjadi anak yang solehah...

Monday, December 7, 2009

cuti oh cuti...

raya haji tahun ni beraye rumah mak mertua kt hulu selangor.hampir 2 minggu kt sana.sempat pergi beraye rumah embah kt tanjung karang.pastu pergi beraye kt rumah wak Rushdan kt Trolak....balik PD mlm td.sebab hubby kena bertugas kt sekolah hari (8 Dis).esok kami akan bertolak balik kelantan.mg2 perjalanan kami akan selamat dan samapai ke destinasi yg dituju iaitu rumah ummi kesayangan.x sbr rasanya nk jumpa ahli keluarga kt sana...tentu meriah suasana kt kg...tok umi pn dh lama x tengok cucunye amani aliyah dan k.long syifa'..smg perjalanan kami esok dlm keadaan yg slmt,insya'Allah...

Thursday, November 12, 2009

Doa senjata mukmin....

Kisah Rasulullah Berdoa

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan."

Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lagi berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah."

Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa, maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Pengajaran Daripada Kisah Ini

Daripada kisah di atas, rupa-rupanya untuk meminta sesuatu dari Allah s.w.t terdapat adab, cara dan kaedah yang tertentu. Antaranya adalah:-

  • Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
  • Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
  • Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah.
  • Menggunakan ayat yang ringkas dan padat.