My Anniversary 19 November 2005

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 7, 2009

cuti oh cuti...

raya haji tahun ni beraye rumah mak mertua kt hulu selangor.hampir 2 minggu kt sana.sempat pergi beraye rumah embah kt tanjung karang.pastu pergi beraye kt rumah wak Rushdan kt Trolak....balik PD mlm td.sebab hubby kena bertugas kt sekolah hari (8 Dis).esok kami akan bertolak balik kelantan.mg2 perjalanan kami akan selamat dan samapai ke destinasi yg dituju iaitu rumah ummi kesayangan.x sbr rasanya nk jumpa ahli keluarga kt sana...tentu meriah suasana kt kg...tok umi pn dh lama x tengok cucunye amani aliyah dan k.long syifa'..smg perjalanan kami esok dlm keadaan yg slmt,insya'Allah...

Thursday, November 12, 2009

Doa senjata mukmin....

Kisah Rasulullah Berdoa

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan."

Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lagi berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah."

Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa, maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Pengajaran Daripada Kisah Ini

Daripada kisah di atas, rupa-rupanya untuk meminta sesuatu dari Allah s.w.t terdapat adab, cara dan kaedah yang tertentu. Antaranya adalah:-

  • Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
  • Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
  • Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah.
  • Menggunakan ayat yang ringkas dan padat.

Friday, November 6, 2009

kisah Rasulullah sbg panduan...

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Erti Hidup Adalah Pada Memberi.. Bukan Sekadar Pada Menerima..

Thursday, November 5, 2009

k.long dan baby amani..



gambar terbaru slps sembuh dr chicken pox..

anak umi dh sembuh...



alhamdulillah..hari ni baby amani dh sembuh dr chicken pox..klu x,asyik nangis je..bdn x selesa & gatal..sian anak umi.dulu k.long yg kena..tp hari ni anak umi dh ok..umi sempat ambk gmbr ms k.long & baby amani kena chicken pox..
hrp2 besar nanti k.long dan baby dh x kena chicken pox....



Thursday, October 22, 2009

baby amani kena chicken pox

Seperti biasa,lps blk sek umi terus ambik baby dan k.long kt rumah pengasuh.terkejut bila umi dapat lihat beberapa bintik merah berair pd bdn baby.smlm ada 3 bintik kecil.ingtkan kena gigit nyamuk.umi terus bg ubat...tp sebenarnya chicken pox.Ya Allah...ini tentu berjangkit dr k.long Syifa'..k.long br aje sembuh dr chicken pox.kesian baby amani...sblm ni mmg umi jauhkan baby dr k.long syifa',takut klu berjangkit...tp,nk buat mcmane dia berjangkit jgk..ujian Allah.Apapen,umi hrp baby cepat sembuh,syafaakillah..insya'Allah...

ujian Allah...

Pg td aku dpt msj dr dayah dan usu na tentang kematian anak ramadhan dan khadijah-nur fatimah.rasa sebak dan sedih..subhanallah,mcm2 Allah menguji hambaNya.Aku doakan semoga Ramadhan dan Khadijah diberi kekuatan dan ketabahan dlm menghadapi ujian ini.aku dapat merasakan betapa sedih dan pilu hati seorang ibu dan ayah bila kehilangan anak yang dikasihi. namun,percayalah ujian yang Allah berikan kepada kita tentunya ada hikmah di sebaliknya dan menguji kesabaran dan ketabahan hambaNya..