Wednesday, April 13, 2011
Anugerah Ilahi...
Sunday, July 11, 2010
lama x tulis blog...
Salam buat semua..sudah sekian lama tidak mencoret di laman blog ini..bulan Rejab hampir ke penghujungnya...diriku ini kdg2 lalai dgn urusan duniawi...anak2 semakin membesar.amanah dan tanggungjawab semakin berat...mampukah aku menanggung semua ini?doaku semoga diriku mendapat rahmah dan petunjuk dariMu Ya Illahi...h say
syifa, dah semakin membesar.baby amani dah 11 bulan...tapi belum pandai berjalan.syifa, semakin petah bercakap.semakin minat untuk belajar membaca dan menulis....doaku semoga anak2ku membesar dengan penuh kasih sayang dan m,enjadi anak yang solehah. amin...
Thursday, February 4, 2010
celebrate birthday Syifa'...
hari ni hubby ambik umi kat sekolah...kalu blh nk sampai rumah awal cz nak celebrate besday syifa'.kek besday syifa' umi dh tempah dr kwn minggu lepas.alhamdulillah,dia bawa hari ni..dlm hati umi,mesti k.long happy nanti.balik dr sekolah singgah kfc,semlm syifa' bgtau dia nk mkn kfc..demi anak umi,umi akan tunaikan.lepas g kfc,singgah kedai runcit beli susu baby...pastu ambik k.long dan baby kt rumah pengasuh..dia happy bila umi bgtau umi ada belikan kek besday dia.sukanye k.long..umi sempat mengambil gambar ms celebrate besday k.long...
Wednesday, February 3, 2010
HAPPY BIRTHDAY TO SYIFA' SAFIYYAH..
Pada detik ini 4 februari, genaplah usia anak umi Syifa' Safiyyah 3 tahun....umi sentiasa doakan yg terbaik utk anak umi...semoga anak umi akan menjadi anak yg solehah,membesar dalam iman dan menjadi penawar hati umi dan abi...umi sayang k.long..di sini, umi titipkan puisi khas untuk anak umi yg umi sayang...
Wahai putriku tercinta.
Tetapkanlah Islam sebagai agamamu.
Tetapkanlah Allah sebagai Tuhanmu, dan tiada yg lain selain Dia.
Tetapkanlah Muhammad sebagai Nabi dan Rasulullah.
Tetapkanlah Al Qur`an sebagai kitab dan penuntunmu.
Wahai cahaya hatiku.
Ucap dua kalimah syahadat disetiap desah nafasmu.
Sembahyanglah lima waktu dalam hari harimu.
Berpuasalah sebulan dalam bulan Ramadhan.
Tunaikanlah haji ke Baitullah Rumah Allah jikalau kau mampu.
Tunaikanlah zakat selagi kau mampu.
Jangan lupakan Infaq Shadakah dan menyantuni mereka yg tidak mampu.
Wahai bidadariku
Beriman selalu hanya kepada ALLAH SWT
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Malaikat-malaikat
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Kitab-kitab Al Qur`an dan kitab kitab sebelumnya
Berimanlah kepada nabi dan Rasul rasul
Yakinlah dan Berimanlah akan adanya Hari Kiamat
Yakinlah dan Berimanlah kepada Qada dan Qadar
Wahai pesona jiwaku.
Hidupmu kelak akan lebih keras dan berat.
Lebih keras dan berat dari kehidupan kami orangtuamu.
Maka bekalkanlah dan perkuat keimanan dan ketaqwaan.
Agar kalian selamat sampai ditujuan hidupmu kelak.
Wahai penyempurna hidupku.
Ingatlah dan camkanlah beberapa hal
Bahwa yang singkat itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang sulit itu IKHLAS,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang abadi itu AMAL KEBAJIKAN,
Yang akan di investigasi itu AMAL PERBUATAN,
Yang jauh itu MASA LALU.
Persiapkanlah dirimu untuk semua hal itu.
Wahai masa depanku.
hiduplah demi akhiratmu
karena itu yang akan abadi kekal selamanya
janganlah kalian hidup demi duniamu
karena itu hanya semu dan bakal termakan waktu
Wahai permataku,
Doa orangtuamu selalu menyertaimu.
Semoga Allah selalu membimbingmu.
Semoga Allah selalu meridhoimu.
Semoga Allah selalu mendampingimu.
Dalam setiap langkahmu, doamu dan dalam semua kehidupanmu.
Friday, January 22, 2010
hari persekolah 2010....
Anak2 umi pun semakin membesar..k.long syifa' dh x pakai pampers.jimat sikit budget umi.nk tido mlm je pakai pampers.next month birthday k.long 4 Februari.em,dh besar anak umi.baby amani pun dh pandai meniarap..umur dh nk masuk 6 bulan...Alhamdulillah,semoga anak2 umi terus membesar dalam lindungan Allah dan menjadi anak yang solehah...
Monday, December 7, 2009
cuti oh cuti...
Thursday, November 12, 2009
Doa senjata mukmin....
Kisah Rasulullah Berdoa Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan."
Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lagi berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah."
Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa, maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Pengajaran Daripada Kisah Ini
Daripada kisah di atas, rupa-rupanya untuk meminta sesuatu dari Allah s.w.t terdapat adab, cara dan kaedah yang tertentu. Antaranya adalah:-
- Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
- Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
- Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah.
- Menggunakan ayat yang ringkas dan padat.
Friday, November 6, 2009
kisah Rasulullah sbg panduan...
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.
Erti Hidup Adalah Pada Memberi.. Bukan Sekadar Pada Menerima..Thursday, November 5, 2009
anak umi dh sembuh...
Thursday, October 22, 2009
baby amani kena chicken pox
ujian Allah...
Thursday, October 15, 2009
hati umi runsing...
sampai hari ini baby amani xnak hisap susu botol...kalau umi kt sekolah,baby akan hisap susu sedikit sekadar untuk basahkan tekak pastu tidur dlm kelaparan..sian anak umi...hati mana yg x runsing.masa dlm pantang dulu,nk jgk dia hisap susu dlm botol tp sekarang dia xnak.em,umi akan usaha dan terus latih dia hisap susu botol...hrp2 amani akan hisap lepas ni.kalau x,berat bdn x naik la sayang...umi lg runsing....
syafaakillah....
alhamdulillah, hari ini br umi sempat nk buka blog.sibuk layan anak2 umi.dh seminggu syifa' naik chicken pox (cacar air) kt badannya.kesian anak umi...selera makan pun hilang.dh 3 minggu x mkn nasi.hanya susu yg dia nak..baby amani pulak,asyik puasa bila umi pergi sekolah.baby x nak hisap susu botol.w/pun umi dh bekalkan susu umi,dia masih xnk minum...emm,susahnye...kecil2 dh pandai puasa...skrg tgh usaha dan latih baby amani hisap susu botol.tp masih x berjaya...
Saturday, October 3, 2009
Thursday, October 1, 2009
gmbr kawin asyikin abd.halim...
slmt pengantin baru buat syikin dan suami.semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...sempat ambil gambar ms kenduri kawin rumah syikin..ramai jemputan yang hadir.meriah sangat...jumpa ramai kwn. gambar atas mie yg ambik bersama pengantin lelaki(berbaju melayu hijau).gambar bawah bersama maisarah,siti khadijah dan aziera...
Tuesday, September 29, 2009
syifa'dan baby amani...
salam aidilfitri...
alhamdulillah....tahun ini giliran beraye kt kelantan..hari raye ke-5 balik selangor. hari tu jalan jam.masing2 nk balik kg dan beraye.namun, rasa gembira jgk sebab dapat beraye kt k'tan dan s'gor.ini gambar raye yg sempat diambil buat kenang-kenangan.tahun ni baju raya warna biru.sama mcm warna kereta.sempat pergi raya rumah maisarah,azwan che mod,izwan+azlina.faiz+nora datang rumah..trm ksh byk.pastu raye ke-4 pergi kenduri rumah asyikin abd.halim.ramai jemputan kahwin.biasalah anak ust.halim,bekas MB pulak tu....meriah sgt..jumpa samhani,aisyah,aziera,kwn2 dan guru2 maahad dulu.emm,penat jgk beraye,lebih2 lg jln jam ms raye...sian kt syifa' dan amani..penat beraye.nsb baik baby amani x byk meragam.elok je gi beraye.xpe la, blh kenal sedara-mara...
Tuesday, August 18, 2009
Muhasabah diri...

Jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah..jikaku bersedih tanpa kata..pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..Jika ku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..jika antara kita ada tembok yang memisah,ajaklah kau meleraikannya segera..jika pernah hatimu terluka disebabkan kau,luahkanlah agar aku mengubah diriku..dan jika sok aku lena tanpa terjaga..iringilah lenaku dengan kalungan doa..mg ukhuwah sentiasa terpelihara..










